Cuaca Panas dan Kisah Bilal bin Rabah r.a.
Tudiaaa..! Last post dalam blog ni pada 13 July
2011..dekat 3 tahun dah..hehehe.. daripada masa tgh bujang tran tang
tang..sampai dah anak sorang dah aku la ni...
PANAS..! Kedah tgh panas..seluruh Malaysia
mungkin.. tp sabah sarawak banjir plak.. Guana tu.. pi sana orang cakap
panas..pi situ orang cakap panas.. daripada sumber kajian pihak yang
bertanggungjawab kata suhu paling maksimum dah cecah 38 - 40'c dah..
Eleh..sikit ja tu.. Panas dunia... Panas-panas
pun.. ada jgak payung..ada jaket..ada kereta...gerai-gerai jual air tepi
jalan.. Kecoh ar..! haha..
Naaahh...! Setabah Bilal bin Rabah r.a. ka kita
ni?? ingat lagi tak kisah macammana cara dia diseksa dulu supaya dia tinggalkan
agama tauhid yang dia baru pegang tu?
Sini sedikit kisah pasal seksa dan pengenalan
kepada Bilal r.a.
Bilal lahir di daerah
as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, sedangkan
ibunya bernama Hamamah, seorang budak wanita berkulit hitam yang tinggal di
Makkah. Karena ibunya itu, sebagian orang memanggil Bilal dengan sebutan
ibnus-Sauda’ (putra wanita hitam).
Bilal dibesarkan di kota
Ummul Qura (Makkah) sebagai seorang budak milik keluarga bani Abduddar. Saat ayah
mereka meninggal, Bilal diwariskan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh
penting kaum kafir.
Diringkaskan cerita,
tatkala sinar Tauhid mula bersinar di Kota Makkah, Bilal r.a. merupakan antara
yang terawal memeluk agama Islam.
Namum, bagi Bilal r.a
menjadi sebagai seorang muslim dan hamba abdi kepada tokoh kafir Quraish bukan
lah mudah pada peringkat awal.
Aduuuhhh..! sakitnya
seksaan terhadap Bilal r.a. Cuba bayangkan tgh2 padang pasir arab..xdak pokok2
keliling..Matahari tepat atas ubun-ubun kepala.. pancarannya memantul segenap
objek..pasir mengeluarkan haba..PANAS..! Dibaringkan atas pasir.. Diletakkan
juga batu besar panas atas badan Bilal r.a. ALLAHU AHAD! ALLAHU AHAD.! AHAD.!
AHAD!..itu saja yang terpacul dari mulut Bilal r.a. Beliau tetap dgn aqidah
beliau.. ALLAH itu satu..tiada bersekutu baginya..
Mujur ditakdirkan ada
insan membelanjakan hartanya membebaskan Bilal r.a. yang diseksa daripada Umayyah
bin Khalaf iaitu sahabat baik Rasulullah S.A.W., Abu Bakar Assidiq r.a.
Cuaca panas lagi ka?
Ofcoz la panas lagi der.. cerita Bilal r.a. bukan boleh reda panas
pun..hahaha.. tapi... mentaliti kita boleh ubah kan? Panas..memang panas..tapi
jangan ngomplen ja..! Muhasabah la! Istigfar la..! berteduh la..! hehe.. sahabat Nabi S.A.W. tu hamba..disebabkan kuatnya iman, panas cmna pun xdah hal lah...kemanisan iman yang dicari.. sapa dia..muazzin Rasulullah S.A.W...hebaat!
Tak reda lagi panas? pi redam dalam besen mandi..
p/s: Sebelum cuaca panas melampau ni..kita dilanda sejuk melampau dulu..kan.? See.. Allah Maha Berkuasa.. diberi kita nikmat kesenangan untuk kita sentiasa bersyukur pada Allah.. hmm.. Ada lagi cerita sedih pasal Bilal r.a..selepas kewafatan Rasulullah S.A.W... aku dengar kisah tu pun menangis.. nanti-nanti la..


No comments:
Post a Comment