Wednesday, July 13, 2011

Penah dengar cerita ni tak?

Cerita Pendeta Kristian berdebat bisu dengan pengembala kambing.

Tgh buat kerja2 kt pejabat ni tetiba teringat satu cerita yang mencuit hati dan sedikit sebanyak memberi pengajaran. Dah tak ingat dah aku dari mna aku dengar cerita ni… dari orang ke dari pembacaan aku.. sekadar menghilangkan stress.. J

Cerita dia lebih kurang begini la.. Pada masa zaman pentadbiran islam disebuah negera islam dahulu2 la.. Seorang Pendeta Kristian telah datang sebuah Negara Islam yang ditadbir oleh seorang raja yang agak tegas dan garang la.. Lalu mengadaplah pendeta tersebut kepada raja dan diwar2kan hasratnya untuk menyebarkan agama kristian dalam negara tersebut.

Ofcoz la raja tu tak bagi kan.. Pendeta tersebut mencuba pelbagai cara nak melembutkan hati raja tersebut bagi membenarkan agama kristian tersebar kt Negara itu (negara Islam). Lalu timbul satu idea menarik. Pendeta tersebut menyampaikan hasrat kepada raja tersebut bahawa dia ingin berdebat dengan wakil Negara tersebut. Dengan satu syarat dalam debat tersebut para pendebat dilarang mengeluarkan suara. Sebagai balasan sekiranya Pendeta itu menang raja tersebut mesti membenarkan dia menyebarkan agama kristian dalam negara tersebut. Dan jika sebaliknya, pendeta itu sendiri akan mengangkat kaki keluar dari Negara tersebut.

Demi menjaga maruahnya sebagai orang utama dalam Negara, raja tersebut bersetuju dengan cabaran tu. Malah baginda berjanji akan memberi kekayaan kepada rakyat negaranya yang sanggup berdebat dan menang serta akan menerima hukuman berat sekiranya tewas dalam cabaran tersebut. Maka tersebarlah berita cabaran debat itu dipelusuk Negara.

Makin hampir pada hari yang dijanjikan, masih tiada rakyat yang sanggup untuk mewakili Negara tersebut. Raja hampir berputus asa… sehinggalah pada hari penentuan tersebut, raja yg telah bersiap sedia akan kekalahannya berasa lega apabila tampil seorang pengembala kambing yang hanya mencuba nasib untuk tidak memalukan raja Negara tersebut.

Maka bermula la debat tersebut… Pendeta tersebut memulakan dgn menunjukkan SATU JARI..Si pengembala membalas dgn menunjukan DUA JARI.. Pendeta pun mengangguk kagum.. Soalan kedua..Pendeta mengangkat TIGA JARI… Si Pengembala membalas dgn LIMA JARI.. Pendeta bertambah hairan macam mana dia eh tau jawapannya..Pastu Pendeta mencuba sekali lagi mengangkat LIMA JARI si Pengembala membalas ENAM JARI.. Hmm…. Termenung panjang si pendeta atas kecekapan Si Pengembala..Menyambung perdebatan tersebut pendeta tersebut mengambil sebatang kayu lalu menunjuk ke Langit..Si Pengembala pun mengambil sebatang kayu lalu menghentak ke tanah.. Bertambah kagum si pendeta dengan jawapan tersebut.. Lalu si pendeta mengambil kayu yang di pegangnya lalu melukiskan bulatan ditanah..Serta merta muka si Pengembala bertukar merah lalu dia bangun mengangkat ke langit..Dengan berasa begitu kagum si pendeta menepuk tangan lalu mengaku kalah kerana jawapan yang diberikan si pengembala semuanya betul walaupun dia langsung tidak bersuara…! Di kahabarkan si pendeta kepada Raja bahawa dia telah tewas…dan mengaku kalah..

Raja yang menyaksikan perdebatan tersebut sgt hairan dan tidak paham lalu bertanya kepada si pendeta tersebut apa sebernanya isi kandungan perdebatan tersebut lalu pendeta menceritakannya..

Semasa aku mengangkat SATU JARI sebenarnya bertanyakan “adakah syahadah umat islam itu SATU?” Lalu dijawab DUA JARI itu betul bahawa syahadah umat islam itu DUA “Tiada tuhan di sembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”..

Lalu aku mengangkat TIGA JARI bertanyakan “Apakah rukun islam itu ada TIGA?” Maka betul apabila si pengembala itu menjawab LIMA “Kerana RUKUN ISLAM itu LIMA”… bertanya lagi aku.. Mengangkat LIMA JARI “Selepas RUKUN ISLAM yang lima?” Adalah betul bila si pengembala mengangkat ENAM JARI..kerana “Selepas RUKUN ISLAM umat islam Percayakan RUKUN IMAN yang ENAM”…

Lalu Raja yang kagum dengan kehebatan rakyatnya bertanya lagi dan bila kau pendeta mengangkat kayu ke langit apa sebenarnya soalan kamu.? Kayu ke langit adalah kerana aku ingin bertanyakan Siapa yang mencipta kan LANGIT.. maka betul jawapan si pengembala itu apabila dia menghentakan kayu ke tanah yang mana yang menciptakan langit adalah sama dengan yg mencipta Tanah dan daratan…

Lalu soalan yang terakhir aku bertanyakan dengan melukis bulatan di tanah itu seolah2 bentuk muka bumi “Siapa pulak yang menciptakan bumi?” adalah betul jawapan si pengembala apabila dia mengankat kayu menunjuk ke langit “bahawa yg menciptakan bumi adalah ALLAH tuhan yg sama menciptakan bumi..”… begitu hebat rakyat Negara ini.. Lalu pendeta tersebut pun beredar dan mula melupakan hasrat menyebarkan agama kristian dalam Negara yang rakyatnya bijak2 belaka..walaupun sebagai pengembala kambing…

Raja yg masih tidak berpuas hati memanggil si pengembala untuk bertanyakan rahsia kehebatan beliau.. si pengembala mengatakan bahawa dia sebanar tak apa2 rahsia dan hanya tahu keinginan si pendeta namun tak mampu untuk dia penuhi…

Haaa… Raja makin hairan dengan ucapan si pengembala.. lalu bertanyakan kepada si pengembala apa sebenarnya yg berlaku..

Si pengembala pun bercerita…

Pada mulanya si pendeta mengangkat SATU JARI saya rasa dia mahu membeli seekor kambing saya.. tapi seekor je? Jadi apa salahnya kalau saya cuba memujuk dia untuk beli DUA ekor.. tu sebab saya angkat DUA JARI…

Pastu Si Pendeta angkat TIGA JARI..saya lagi la suka sebab dia nak TIGA ekor kambing saya.. jadi saya letakan la harga TIGA ekor pada harga LIMA ribu dinnar…tu sebabnya saya angkat LIMA JARI saya sebagai balasan.. tapi bila si pendeta tu membalas dengan LIMA JARI jugak jadi saya agak dia nak LIMA ekor kambing saya…memandangkan dia datang dari jauh saya pun atas rasa kasihan lalu jualkan kambing tu pada harga ENAM ribu dinnar..

Tapi bila si pendeta tu angkat kayu ke langit…seolah2 nak pukul saya mungkin sebab dia ingat harganya mahal..saya pun geram la…sebab tu saya hentak kayu ke tanah sebagai luahan rasa marah..

Last2 saya tengok si pendeta tu buat bulatan.. agak saya dia nak semua kambing saya…saya apa lagi terus bangun angkat kayu ke langit sebab geramkan perangai dia..kejap nak SATU EKOR, TIGA EKOR, pastu LIMA EKOR…pastu cakap mahal..tp bila nak semua saya tak boleh bagi la.. sebab nanti kalau saya jual semua kambing tu apa lagi kerja saya nak buat.. semua kambing saya dah tak ada lagi dah…Dan dia pulak macam main2 ja nak beli kambing saya..tu sebab saya bangun marah!...

Pesanan : Don’t judge the books by its cover… haha.. manusia juga selalu salah anggap.. dan anggapan tu kadang boleh memakan diri kita..juga boleh memberi kelebihan kepada kita.. jadi berhati2 la…

No comments:

Post a Comment