...Saya Menulis...
Wednesday, February 26, 2014
Pernah dikisahkan pada suatu ketika ketika Imam Ahmad berjalan di suatu tempat yg jauh dr negerinya ketika musim sejuk..beliau berasa letih dan kesejukan lalu berehat baring didalam masjid..lalu dtg seorg lelaki memberitahu Imam Ahmad tidak dibenarkan sesiapa baring @ tido dlm masjid dikhuatiri org lain akan turut sma tido di dlm masjid..
(pada zaman tu xda tv xda gambar...so org yg jauh xpernah berjumpa hanya kenal nama tp xkenal rupa siapa Imam Ahmad)
lalu dia bersandar di masjid namun lelaki td turut berkata perkara yg sama.. sejenak kemudian ada sorg lelaki kasihan melihat keadaan Imam Ahmad memanggil beliau masuk ke dlm kedainya dan berehat di dlm..
Lelaki yg hati mulia itu merupakan seorg penjual dan pembuat roti..keadaan berhaba panas dlm kedai membuat roti menyelesakan Imam Ahmad..
Tatkala Imam Ahmad melihat perbuatan lelaki itu menguli tepung sambil berISTIGFAR lalu Imam Ahmad bertanya," Wahai saudara apakah yg kau dpt dgn berbuat demikian (uli tepung sambil berISTIGFAR) selama ini? Lelaki tersebut berkata," Alhamdulillah..hasil dr amalan ini segala doa aku pd Allah telah termakbul..kecuali satu doa belum termakbul..
Apakah doa itu?," Imam Ahmad bertanya..lalu lelaki itu menjawab," Doa ku agar dpt bertemu Al-muhadis Imam Ahmad bin Hanbal belum lg dimakbulkan..
Lalu Imam Ahmad berkata," Bergembiralah wahai saudara ku sesungguhnya Allah telah memakbulkan doa mu itu..! Aku lah Imam Ahmad..!
Lihatlah betapa Allah mengasihi dan memakbulkan doa hambanya yg selalu berISTIGFAR..Mari sama2 kita perbanyakan Istigfar dlm kerja buat kita seharian... (^_^)
Maka benarlah sabda Nabi Muhammad SAW:
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya.” (Riwayat Al-Imam Abi Daud).
Imam Ahmad Ibnu Hanbal - Imam Mazhab Hanbali - Imam kepada Imam2 Ahlul Sunnah Wa Jamaah...
sumber : youtube - ceramah drMAZA.
Monday, February 17, 2014
Orang Kafir itu Najis.???
Wudhu' Serta Najis Jasad dan Najis Akidah..
Sunday, February 16, 2014
Panas..!! Cuaca kat Kedah sekarang tengah Panas..!
Cuaca Panas dan Kisah Bilal bin Rabah r.a.
Wednesday, July 13, 2011
Penah dengar cerita ni tak?
Cerita Pendeta Kristian berdebat bisu dengan pengembala kambing.
Tgh buat kerja2 kt pejabat ni tetiba teringat satu cerita yang mencuit hati dan sedikit sebanyak memberi pengajaran. Dah tak ingat dah aku dari mna aku dengar cerita ni… dari orang ke dari pembacaan aku.. sekadar menghilangkan stress.. J
Cerita dia lebih kurang begini la.. Pada masa zaman pentadbiran islam disebuah negera islam dahulu2 la.. Seorang Pendeta Kristian telah datang sebuah Negara Islam yang ditadbir oleh seorang raja yang agak tegas dan garang la.. Lalu mengadaplah pendeta tersebut kepada raja dan diwar2kan hasratnya untuk menyebarkan agama kristian dalam negara tersebut.
Ofcoz la raja tu tak bagi kan.. Pendeta tersebut mencuba pelbagai cara nak melembutkan hati raja tersebut bagi membenarkan agama kristian tersebar kt Negara itu (negara Islam). Lalu timbul satu idea menarik. Pendeta tersebut menyampaikan hasrat kepada raja tersebut bahawa dia ingin berdebat dengan wakil Negara tersebut. Dengan satu syarat dalam debat tersebut para pendebat dilarang mengeluarkan suara. Sebagai balasan sekiranya Pendeta itu menang raja tersebut mesti membenarkan dia menyebarkan agama kristian dalam negara tersebut. Dan jika sebaliknya, pendeta itu sendiri akan mengangkat kaki keluar dari Negara tersebut.
Demi menjaga maruahnya sebagai orang utama dalam Negara, raja tersebut bersetuju dengan cabaran tu. Malah baginda berjanji akan memberi kekayaan kepada rakyat negaranya yang sanggup berdebat dan menang serta akan menerima hukuman berat sekiranya tewas dalam cabaran tersebut. Maka tersebarlah berita cabaran debat itu dipelusuk Negara.
Makin hampir pada hari yang dijanjikan, masih tiada rakyat yang sanggup untuk mewakili Negara tersebut. Raja hampir berputus asa… sehinggalah pada hari penentuan tersebut, raja yg telah bersiap sedia akan kekalahannya berasa lega apabila tampil seorang pengembala kambing yang hanya mencuba nasib untuk tidak memalukan raja Negara tersebut.
Maka bermula la debat tersebut… Pendeta tersebut memulakan dgn menunjukkan SATU JARI..Si pengembala membalas dgn menunjukan DUA JARI.. Pendeta pun mengangguk kagum.. Soalan kedua..Pendeta mengangkat TIGA JARI… Si Pengembala membalas dgn LIMA JARI.. Pendeta bertambah hairan macam mana dia eh tau jawapannya..Pastu Pendeta mencuba sekali lagi mengangkat LIMA JARI si Pengembala membalas ENAM JARI.. Hmm…. Termenung panjang si pendeta atas kecekapan Si Pengembala..Menyambung perdebatan tersebut pendeta tersebut mengambil sebatang kayu lalu menunjuk ke Langit..Si Pengembala pun mengambil sebatang kayu lalu menghentak ke tanah.. Bertambah kagum si pendeta dengan jawapan tersebut.. Lalu si pendeta mengambil kayu yang di pegangnya lalu melukiskan bulatan ditanah..Serta merta muka si Pengembala bertukar merah lalu dia bangun mengangkat ke langit..Dengan berasa begitu kagum si pendeta menepuk tangan lalu mengaku kalah kerana jawapan yang diberikan si pengembala semuanya betul walaupun dia langsung tidak bersuara…! Di kahabarkan si pendeta kepada Raja bahawa dia telah tewas…dan mengaku kalah..
Raja yang menyaksikan perdebatan tersebut sgt hairan dan tidak paham lalu bertanya kepada si pendeta tersebut apa sebernanya isi kandungan perdebatan tersebut lalu pendeta menceritakannya..
Semasa aku mengangkat SATU JARI sebenarnya bertanyakan “adakah syahadah umat islam itu SATU?” Lalu dijawab DUA JARI itu betul bahawa syahadah umat islam itu DUA “Tiada tuhan di sembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH”..
Lalu aku mengangkat TIGA JARI bertanyakan “Apakah rukun islam itu ada TIGA?” Maka betul apabila si pengembala itu menjawab LIMA “Kerana RUKUN ISLAM itu LIMA”… bertanya lagi aku.. Mengangkat LIMA JARI “Selepas RUKUN ISLAM yang lima?” Adalah betul bila si pengembala mengangkat ENAM JARI..kerana “Selepas RUKUN ISLAM umat islam Percayakan RUKUN IMAN yang ENAM”…
Lalu Raja yang kagum dengan kehebatan rakyatnya bertanya lagi dan bila kau pendeta mengangkat kayu ke langit apa sebenarnya soalan kamu.? Kayu ke langit adalah kerana aku ingin bertanyakan Siapa yang mencipta kan LANGIT.. maka betul jawapan si pengembala itu apabila dia menghentakan kayu ke tanah yang mana yang menciptakan langit adalah sama dengan yg mencipta Tanah dan daratan…
Lalu soalan yang terakhir aku bertanyakan dengan melukis bulatan di tanah itu seolah2 bentuk muka bumi “Siapa pulak yang menciptakan bumi?” adalah betul jawapan si pengembala apabila dia mengankat kayu menunjuk ke langit “bahawa yg menciptakan bumi adalah ALLAH tuhan yg sama menciptakan bumi..”… begitu hebat rakyat Negara ini.. Lalu pendeta tersebut pun beredar dan mula melupakan hasrat menyebarkan agama kristian dalam Negara yang rakyatnya bijak2 belaka..walaupun sebagai pengembala kambing…
Raja yg masih tidak berpuas hati memanggil si pengembala untuk bertanyakan rahsia kehebatan beliau.. si pengembala mengatakan bahawa dia sebanar tak apa2 rahsia dan hanya tahu keinginan si pendeta namun tak mampu untuk dia penuhi…
Haaa… Raja makin hairan dengan ucapan si pengembala.. lalu bertanyakan kepada si pengembala apa sebenarnya yg berlaku..
Si pengembala pun bercerita…
Pada mulanya si pendeta mengangkat SATU JARI saya rasa dia mahu membeli seekor kambing saya.. tapi seekor je? Jadi apa salahnya kalau saya cuba memujuk dia untuk beli DUA ekor.. tu sebab saya angkat DUA JARI…
Pastu Si Pendeta angkat TIGA JARI..saya lagi la suka sebab dia nak TIGA ekor kambing saya.. jadi saya letakan la harga TIGA ekor pada harga LIMA ribu dinnar…tu sebabnya saya angkat LIMA JARI saya sebagai balasan.. tapi bila si pendeta tu membalas dengan LIMA JARI jugak jadi saya agak dia nak LIMA ekor kambing saya…memandangkan dia datang dari jauh saya pun atas rasa kasihan lalu jualkan kambing tu pada harga ENAM ribu dinnar..
Tapi bila si pendeta tu angkat kayu ke langit…seolah2 nak pukul saya mungkin sebab dia ingat harganya mahal..saya pun geram la…sebab tu saya hentak kayu ke tanah sebagai luahan rasa marah..
Last2 saya tengok si pendeta tu buat bulatan.. agak saya dia nak semua kambing saya…saya apa lagi terus bangun angkat kayu ke langit sebab geramkan perangai dia..kejap nak SATU EKOR, TIGA EKOR, pastu LIMA EKOR…pastu cakap mahal..tp bila nak semua saya tak boleh bagi la.. sebab nanti kalau saya jual semua kambing tu apa lagi kerja saya nak buat.. semua kambing saya dah tak ada lagi dah…Dan dia pulak macam main2 ja nak beli kambing saya..tu sebab saya bangun marah!...
Pesanan : Don’t judge the books by its cover… haha.. manusia juga selalu salah anggap.. dan anggapan tu kadang boleh memakan diri kita..juga boleh memberi kelebihan kepada kita.. jadi berhati2 la…
Friday, June 10, 2011





Friday, April 17, 2009
Sekadar suka-suka atau benar-benar terdesak??
dlm perjalanan ke pasaraya terletak di bangunan 2tingkat sebelah rumah saya..(jln kaki ja sbb dekat sgt) berlaku satu peristiwa agak kelakar dan agak membimbangkan yang membuatkan saya terfikir byk kali malam tu..
ketika melalui koridor bangunan nak ke pasaraya yang secara kebetulan mlm tu agak gelap dan lampu koridor tak terpasang.. ternampak la saya kelibat lelaki dewasa sbaya saya berada betul2 depan motor dia yang enjinnya masih hidup..kedudukan dia betul2 depan pasaraya tu tp agak terlindung sikit dgn rak selipar yg berada kt luar depan pasaraya.. tiba-tiba tindakan pantas dia dgn selamba ambik 2psg selipar jepun (harga dlm RM8 sepasang) terus masukkan dlm raga motor dia.. (mencuri la ni)
tp dia jadi gelabah bila dia ternampak saya..apalagi.. dgn berlagak ganaz saya dekati dan tanya dia.. ''apa hang buat ni??'' dgn mulut dan mata terkebil2 dia ckp.. "beli..beli..beli..!!" sambil dia naik atas motor dia..terus pecut laju.. saya pun sergah la..tp dah xdak function lg dah..org pun xdak sekeliling tu..
dah tu..saya bagitau la kt pekerja pasaraya psl kejadian tu..depa ckp dah slalu dah jd camtu..penagih dadah punya keja..
balik mlm tu saya terfikir..apa la motif utama dia curi selipar jepun tu.. xdak selipar ke? xmampu nak beli selipar ke? kegwatan ekonomi ke? ketagih dadah ke? tp klu dijual selipar tu ckup ke nak beli dadah? berbaloi ke dgn selipar tak sampai RM15 2psg tu di risikokan diri dia masuk penjara?
nak salahkan sapa..???
p/s : risau dgn gejala yang berlaku.. mula2 curi selipar jepun..nnt curi pulak kereta berjenama dari jepun.



