Wudhu' Serta Najis Jasad dan Najis Akidah..
"Ustaz.. Apakah Wuduk seorang muslim itu boleh terbatal jika tersentuh oleh orang non muslim?"seorang lelaki berbangsa cina (non muslim) bertanya kepada Seorang Peserta Realiti TV berbentuk dakwah di Astro dalam segmen soal jawab.
Ya..batal..disebabkan ayat berikut..
Allah berfirman ;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ
Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (QS At-Taubah : 28)
disebabkan kafir itu dikiaskan dengan najis maka terbatal..'' jawab ustaz ustaz terbabit dengan dengan nada yang agak keras sedikit.
Bertukar muka lelaki non muslim yang bertanya tadi menjadi agak lain macam ja.. mungkin hatinya berkata "Eh..apa ni..ada ka patut islam cakap aku ni (non muslim ni najis).. Setahu aku najis tu kotor..busuk..aku ni mandi selalu kot..."
Aku yang xpandai agama sangat ni pun agak terkejut beruk jugak la dgn jawapan dan cara jawapan ustaz terbabit.. mana pergi indahnya cara dakwah Rasulullah S.A.W.?
So..mula la aku google dan bertanyakan ustaz..mereka yang lebih tahu.. Kebetulan Ustaz Wan Ji ada post dalam status FB dia berkenaan dengan "Najis Jasad dan Najis Akidah".. Aku pun bertanya soalan yang sama dengan soalan yang ditanya non muslim tadi..
Maka secara ringkas komentar yang di jawab oleh Ustaz Wan Ji adalah "Tidak terbatal wuduk muslim bila disentuh oleh non muslim kerana najis yang dimaksudkan dalam sepotang ayat surah At-Taubah tadi adalah merujuk kepada Najis Akidah dan bukan Najis Jasad..
Baru la aku terpikir sebenarnya soalan tu tak sepatutnya ditanya pun..sebab dulu kan dah belajar.. kalau pun kena najis taik ayam pun tak terbatal wuduk..cuma perlu cuci ja pun..hahaha..
Perkara yang membatalkan wuduk adalah seperti berikut:
-Kentut dan Qada' Hajat (Kencing Berak)
-Keluar Air Mazi dan Air Al-Wadi
-Keluar Air Mani
-Sesuatu yang keluar secara berterusan seperti darah istihadhah dan sebagainya.
-Tidur tak tetap punggung.
-Menyentuh wanita Ajnabi (berlaku khilaf dikalangan ulama')
-Menyentuh kemaluan.
-Hilang Kewarasan, gila atau pengsan dan sebagainya.
Lagi satu adalah memakan daging unta juga boleh membatalkan wuduk.
Jabir bin Samurah r.a berkata:
“Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah
S.A.W: Adakah kami perlu memperbaharui
wuduk apabila memakan daging kambing? Jawab baginda : Jika kamu mahu,
berwuduklah. Jika sebaliknya, tidak mengapa. Ditanya lagi : Adakah kami perlu
berwuduk apabila memakan daging unta? Jawab baginda: Ya, berwuduklah apabila
memakan daging unta. Ditanya lagi: Bolehkah kami bersolat dikandang kambing?
Jawab baginda: Boleh. Ditanya lagi: Bolehkah kami bersolat dikandang unta?
Jawab baginda lagi: Tidak.
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Berbalik kepada surah ayat surah At-Taubah yang diatas..diringkaskan bahawa ada beberapa pendapat para ulama'. Antaranya : " Yang dimaksudkan dengan ayat yang diatas bahawa kaum musyrik Najis Keyakinannya ataupun akidahnya. Jadi Najis disini dimaksudkan dengan Najis secara Maknawi (abstark) dan bukan Najis secara Hisii (Konkrit).
Sekian, daripada aku Ustaz Google dan Facebook. hehe..
Pesanan aku..kalau sekiranya kita mendengar sesuatu perihal agama ataupun ibadat dan kita rasa was2 dan kurang yakin dengan penghujahannya. Maka maka bertanya lah pada yang pakar iaitu ustaz2 alim2 ulama' yang lain semestinya mereka yang rujuk pada Al-quran dan Sunnah.
Rujukan: FB Ustaz Wan Ji dan fiqh-sunnah.blogspot.com.


No comments:
Post a Comment